Testimoni Pengguna

NAMA: NURUL AFIQAH OSMAN, 19 TAHUN.
KERJAYA: PELAJAR (STPM)

 

“Sebelum mengenali HPA, saya sering keluar masuk hospital kerana penyakit asma yang teruk selain sesunggut. Boleh dikatakan, sebulan dalam dua atau tiga kali saya terpaksa mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke hospital. Ubat dan ‘inhaler’ (ubat asma dalam bentuk sedutan) terpaksa dibawa ke mana saja saya pergi. Alhamdulillah, selepas mengenali HPA pada 2005 dan mengamalkan beberapa produk seperti Kopi Radix dan beberapa herba yang dicadangkan herbalis HPA, saya kini tidak lagi menghadapi masalah asma dan sesunggut yang sungguh menyakitkan terutama ketika haid.”

 

NAMA: GHAZALI RAMLEE, 22 TAHUN
KERJAYA: PELAJAR UNIMAS.

 

“Saya menghadapi masalah usus yang serius sehingga menganggu pembelajaran saya di universiti. Apabila mengenali HPA dan menerusi nasihat herbalis saya mengamalkan herba Pelawas, Tuju Angin dan Kopi Radix. Syukur kepada Allah SWT kerana penyakit saya kini hilang selepas mengamalkannya selama enam bulan.”

 

NAMA: EMILLIA BACHEE, 30 TAHUN
STATUS: AHLI HPA SARAWAK.

 

“Saya mempunyai ‘sis’ (ketumbuhan) pada ovari dan doktor memaklumkan tidak boleh melahirkan anak. Namun, semuanya terletak pada kuasa Allah SWT kerana selepas mengamalkan produk HPA seperti Kopi Radix, Paramaria Plus dan beberapa herba lagi, ‘sis’ itu hilang. Saya kini berdoa untuk memperolehi zuriat.”

 

NAMA: ZAHRAH MINAN, 34 TAHUN
BRKERJAYA : PEGAWAI JABATAN AGAMA ISLAM.

 

“Saya mengalami masalah gastrik yang cukup teruk sejak 1994 lagi. Lambat makan saja, peluh dingin akan mula keluar dan perut terasa sakit yang amat sangat. Pada masa itu, setiap apa yang masuk ke dalam perut, akan keluar semula. Alhamdulillah, sejak mengenali produk HPA dan mengamalkan Kopi Radix serta Ubat Tuju Angin, penyakit gastrik saya hilang sama sekali.”

 

NAMA: ROKIAH BOHARI, 42 TAHUN
KERJAYA: LEADER SARAWAK

 

“Anak saya seorang yang ‘avarage’ sederhana saja di dalam kelas sebelum ini. Namun, dengan mengamalkan Omega 3, anak saya kini lebih berkeyakinan dan ‘menangkap’ pembelajaran di kelas dengan cukup mengkagumkan. Malah, anak saya juga dilantik sebagai fasilitator kelasnya dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.”

 

NAMA: JEFRI ARMANDO DAN ANAKNYA, MUHAMMAD AQIL FIRDAUS, 2 BULAN
KERJAYA: AHLI HPA SABAH

 

“Isteri saya mengamalkan minum Kopi Radix sejak Muhammad Aqil di dalam kandungan lagi. Nyata sebaik dilahirkan, anak saya ini lebih cerdas dan pintar. Malah, ketika berusia satu bulan, dia mula menunjukkan tanda untuk berdiri dan tidak suka berbaring.”

 

NAMA: PRIZYLL JINIK, 20 TAHUN
ASAL: KOTA MARUDU, SABAH

 

“Saya mengalami masalah tangan pecah sejak kanak-kanak lagi. Perubahan cuaca dan menggunakan bahan pencuci atau sabun yang tidak sesuai akan mengakibatkan tangan saya mengelupas dengan teruk dan keadaan itu sungguh menyakitkan. Namun, atas nasihat ibu saudara saya juga ahli HPA, saya mengamalkan Teh Herba dan masalah saya hadapi itu, terus hilang,”

 

NAMA: SUZI SUGING BINTI ROBUYUT
STATUS: STOKIS HPA INANAM, SABAH

 

“Saya menghadapi masalah stres dan mirgrain sungguh lama. Ubat moden sudah banyak digunakan tetapi hanya bersifat penahan sakit. Selepas menggunakan Herba Tuju Angin dan beberapa herba lain, penyakit saya hilang sama sekali. Kina, saya menjadi stokis HPA kerana berasa yakin dengan produk keluaran syarikat ini selepas menggunakannya sendiri.”

 

Sumber: Majalah HPA News Edisi bulan Mei 2007
Kami menerima banyak testimoni dari pembaca DuniaHerbaHPA.com. Terima kasih diucapkan kepada anda semua yang sudi berkongsi di web ini. Justeru itu, kami memutuskan untuk membuat satu ruangan khas perkongsian testimoni pengguna produk HPA oleh pembaca DuniaHerbaHPA.com. Kami sedang berusaha untuk mengumpul semua testimoni yang ada dan ruangan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
  1. zailah said,

    November 11th, 2008 at 11:44 am

    Assalamualaikum…
    Semasa saya melahirkan anak ke 3…saya menghadapi kesukaran utk melahirkan bayi saya dan menyebabkan anak saya tersangkut di lengan hingga menyebabkan anak saya tidak boleh menggerakkan tangan kirinya…doktor mengatakan anak saya mengalami erb palsy…iaitu kelumpuhan…saya cuba menggunakan minyak but but dan alhamdulilah dalam masa 2 bulan anak saya sudah boleh menggerakkan tangannya sedikit demi sedikit…sehingga hari ini saya tetap menggunakan minyak but but di tangan anak saya…dan dia dah boleh menggerakkan tangan kirinya seperti bayi² normal yg lain….terima kasih HPA

  2. mawardesa said,

    December 23rd, 2008 at 9:53 am

    Salam. saya mempunyai beberapa pengalaman mengenai minyak but2 ni.

    1. anak saya mengadu sakit perut,kemudian saya panaskan sedikit pada piring tembikar kemudian sapu diperut secara memutar bersama daun sireh. Alhamdulillah tidak lama sakitnya kurang dan dia mengatakan tak sakit lagi setelah bangun dari tidur.
    2. Anak buah mengadu sakit perut kerana perut kosong,saya titiskan sedikit minyak but2 dgn stgh gelas air suam dan campur sedikit madu. kacau n minum. Alhamdulillah pulih.
    3. Saya sendiri tiba2 gatal2 mata n merah. kemudian saya sapu minyak but2 atas n bwh kelopak mata. Alhamdulillah ia berkesan.
    4. Suami mengalami cirit2,saya syorkan minum minyak but2 satu sudu besar sblm pergi kerja. Alhamdulillah di tpt kerja dia tidak cirit lagi.
    5. Kesimpulannya,minyak but2 patut ada disetiap rumah sbg persediaan awal jika berlaku kecemasan. Terima kasih HPA.
  3. mawardesa said,
    December 24th, 2008 at 4:32 pm

    Salam…
    Saya ada pengalaman 2 orang anak saya mengalami ekzema sejak kecil.Baru2 ini saya cuba amalkan roselle kapsul,dibuka dan bancuh dgn sedikit air n tambah satu sudu kecil madu,kacau n minum.Bahagian kulitnya saya menggunakan sabuh bayi hpa sbg mandian n sapu bedak delima biji dibancuh dan sapu seluruh badan.
    Alhamdulillah stlh sebulan ekzema berkurangan n kulitnya pula semakin pulih,tidak seperti dulu.Selain itu masalah wheezing anak saya pulih bila diamalkan dengan madu.
    Terima kasih HPA kerana saya tidak perlu bergantung kepada ubat kimia yang mahal n mengandungi steroid lagi

  4. qutreen said,

    July 14th, 2008 at 8:52 am

    assalamualaikum,
    saya nak bg pendapat mengenai produk Herba Tuju Angin ni…
    dulu sy mmg susah nak buang air besar…3,4 hari sekali baru sy ada rasa nak buang air besar,tp sejak saya amalkan makan herba HPA ni….alhamdulillah masalah buang air besar ni selesai..dan setiap pg sy pasti akan buang air besar dgn lawas sekali..saya dah menggunakan produk ni dah 5 bulan..
    saya juga ada tanda2 gout..atas saranan herbalis HPA..sy skrg ambik 6 jenis herba HPA….

    1. kopi radix-ni saya ambil 3 peket sehari-alhadulillah rasa ringan badan dan hilang rasa mengantuk di waktu pg
    2. mega 3-
    3. herba tuju angin
    4. HB
    5. paramria
    6. spirulina

    yg pasti sy menggunakan tanpa was2..
    alhamdulillah kesihatan sy skrg bertambah baik

  5. Marini said,

    August 21st, 2008 at 1:29 pm

    Salam…saya baru mengamalkan Stoma-K ini hampir sebulan. Alhamdulillah berat saya sudah turun 3kg…ok la …saya pun x berani nak turun berat badan secara mendadak sgt. So turun sikit2 pun dah ok bg saya. Saya akan teruskan penggunaan herba ini kerana saya masih lagi belum mencapai berat yang diidamkan. Almaklumlah saya ni berbadan besar dan boleh masuk kategori obesiti, so saya mengharapkan Stoma-k berjaya menurunkan berat badan saya lagi. Mmg benar, Stoma-k mengurangkan rasa lapar tetapi setakat ini tidak memudaratkan kesihatan saya. 

  1. Shainna said,
    April 16th, 2007 at 8:52 pm

    So far makan ok..melancarkan pembuangan air besar,tak de masalah cirit birit..nak lagi ok makan dengan Teh Asiatica Plus n Pelawas..Ok jerkk.Lagipun Stoma K, mengurangkan rasa lapar.
    Selamat Mencuba..

  2. niza said,

    February 25th, 2008 at 1:13 pm

    suami saya addicted minum kopi radik, pada masa yg sama dia perokok tegal, sudah 2 x dia deman angkara hisap rokok dan minum kopi radik. setiap kali deman dia berhenti merokok, kali ini dia baru sembuh demam dan baru je berhenti merokok, insyaalah dia akan berhenti merokok buat selama2 nya, dan itu juga janjinya pada saya dan anak2. amin

  3. Salinah said,

    March 29th, 2007 at 9:34 am

    saya telah mencuba kismis untuk anak-anak saya dan alhamullillah dengan berkat taraf ingatan mereka meningkat. terima kasih hpa

Testimoni Kopi Radix

 

Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

 

Kopi Pra-campuran ini mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan Kopi Radix ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari. Persoalannya, adakah ia tidak memberi keburukkan kepada si peminum?

 

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) ingin mengupaskan perbincangan ini dengan tajuk ” Radix satu kajian”

 

Apakah itu Radix?

 

Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix . Radix terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Akar Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

 

tgkt-ali-2.jpg

 

Kenapa memilih akar/Radix?

 

Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsure Tanah, Air, Api, dan Angin.

 

Mekanisme tindakan Radix dalam tubuh.

 

Di sini saya (P.U) merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah, bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

 

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Bagaimana Radix digunakan bagi pesakit kencing manis?

 

Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, persoalannya bagaimanakah Kopi Radix yang mengandungi gula itu boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukosa dalam darah?

 

Mari kita sama-sama memahami, umum tahu, gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana itu, ia tidak seimbang, maka ia akan menganggu keseimbangan organ tubuh untuk berfungsi. Sehubungan itu, permasalahan ini dapat kita lihat kesannya selepas pengambilan gula putih setengah jam selepasnya, sistem imuniti akan menurun 40-50%(kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta didalam pancreas mula tidak peka untuk pengeluaran insulin. Akhirnya gula putih sebentar tadi membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula merupakan satu keputusan yang kurang bijak, ini adalah kerana ia akan menghilangkan tenaga tubuh. Sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius serta boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta dan gangrene.

 

Keadaan kencing manis ini, mudah untuk diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur tadi iaitu penyakit terjadi kerana ketidakseimbangan unsur-unsur seperti tanah, air, api dan angin. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya bukanlah satu kaedah yang tepat, sebalik kembali kepada pengambilan herba. Tidak Allah jadikan tumbuh-tumbuhan ini sia-sia.

 

tgkt-ali.jpg

 

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi rawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:
Teja Lawang —– Aromatik —– Api
Larak —– Astringen—– Tanah (kelat)
Tebu Gajah —– Manis —– Air
Tongkat Ali —– Pahit —– Angin

 

Testimoni Pengamal Kopi Radix

 

KOPI RADIX MENURUNKAN BERAT BADAN

 

”Saya telah mencuba produk HPA, saya dapati berat badan saya semakin berkurangan setelah mengamalkan KOPI Radix, Plantisol, Omega 3, Pelawas dan herba-herba lain. Sebelum ini berat badan saya ialah 135 kg dan setelah mengamalkan produk-produk tersebut, ia telah berkurang menjadi 123kg.”
-Mohd Hazizi bin Deraman (20 tahun) – Kelantan

 

KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT PERUT
“Ini berlaku kepada salah seorang ‘downline’ saya. Pada kebiasaannya beliau akan mengalami sakit perut sekiranya tidak makan pada waktu tengahari. Baru-baru ini beliau telah mencuba Kopi Radix dan agak mengejutkan apabila sakit perut yang sering dialami apabila lambat makan ternyata tidak berlaku pada waktu kebiasaannya. Alhamdulillah, kini beliau telah mengamalkan Kopi Radix sebagai program diet dan menurut beliau pinggangnya juga mulai ramping. Kalau tak percaya cubalah ..! ”
-Azwan Effendy b. Ahmad Zahidi (25 tahun) – Kedah

KOPI RADIX MEMBERI KECERGASAN
 
“Alhamdulillah, dahulu saya hanya mendengar saja tentang Kopi Radix sekali pun saya salah seorang ahli HPA. Namun kini saya telah dapat mencubanya sendiri. Saya mengamalkannya pada sebelah pagi dan saya merasakan diri saya lebih bertenaga semasa bekerja dan tidak lagi mengantuk, lebih-lebih lagi pada waktu tengahari.”
-Mohd Hafiz b. Abdul Razak (32 tahun) – Pulau Pinang

KOPI RADIX MENYEMBUHKAN SAKIT LUTUT
 
“Saya mengalami masalah sakit lutut akibat jatuh ketika bersukan. Kesannya, saya tidak dapat bersukan dan melakukan kerja-kerja berat lagi. Saya telah mencuba Kopi Radix dan herba Radix kapsul selama beberapa bulan dan akhirnya syukur Alhamdulillah kini saya dapat bergerak dengan lebih aktif berbanding sebelum ini. Rasa sakit sama sekali telah hilang. ”
-Muhammad Azahari b. Mat (22 tahun) – Kedah
 
KOPI RADIX, HERBA TUJU ANGIN DAN MADU MENYEMBUHKAN SAKIT TULANG BELAKANG
“Saya telah mengamalkan Herba Tuju Angin, Kopi Radix dan Madu Asli. Alhamdulillah, penyakit yang saya alami iaitu sakit tulang belakang selama 3 tahun pun hilang.”
-Abdul Razak bin Shukor (45 tahun) – Selangor
 
KOPI RADIX MENGHILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
“Apabila selalu mengamalkan Kopi Radix, saya menjadi semakin ketagih pada Kopi Radix. Ketagihan rokok saya tidak dapat mengalahkan Kopi Radix. Pokok Tebu Gajah juga dapat menghilangkan rasa ingin merokok. Apabila kita menghisap kayunya yang mempunyai rasa manis itu secara tidak langsung ia menghilangkan mood untuk merokok kerana mulut sudah tawar dan tidak dapat lagi merasai kenikmatan merokok. InsyaAllah, boleh cuba…… HPA BOLEH!!!”
-M. Helmi  (24 tahun) – Selangor

KOPI RADIX DAN OMEGA 3 MENINGKATKAN KECERDASAN ANAK
 
“Sepanjang menjadi ahli HPA banyak pengalaman keberkesanan produk-produk yang saya lalui. Sejak mengandung anak yang keempat, saya mengamalkan Kopi Radix dan Omega 3 sebagai minuman harian dan bekalan ke tempat kerja. Setelah melahirkan, apa yang saya lihat pada ketika anak berumur 9 bulan, dia sudah mampu berdiri dan berjalan. Anak saya cukup aktif dan ketahanan tubuhnya cukup kuat.
-Asnieah bt. Badri @ Nazri (39 tahun) – Pulau Pinang
 
KOPI RADIX MENGUBATI SAKIT KEPALA
“Assalamualaikum……saya adalah orang yang baru mengenali produk HPA. Antara barang yang diperkenalkan kepada saya adalah Kopi Radix. Sebelum saya minum Kopi Radix, saya selalu sakit kepala. Hampir setiap hari saya mengalami sakit kepala. Namun suatu yang menakjubkan, semenjak saya mengamalkan Kopi Radix, sakit kepala yang saya alami sudah sembuh dan sehingga kini ia tidak lagi menyerang. Badan saya terasa semakin sihat dan bertambah ceria ALHAMDULILLAH…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA….. wassalam.”
-Hj. Nazarudin bin Mukhtar (30 tahun) – Selangor
 
KOPI RADIX UNTUK MASALAH USUS
“Saya mengalami masalah usus sebelum saya mencuba Kopi Radix dan Omega-3. Pada hari pertama saya mencuba produk HPA ini saya telah membuang air besar sebanyak 9 kali, pada hari kedua, sebanyak 5 kali dan pada hari ketiga penyakit saya telah sembuh seperti sediakala. Saya amat bersyukur kepada Ilahi di atas kesembuhan ini dan saya dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa. Terima kasih HPA”
-Faizul Azrie bin Ismail (26 tahun) – Kelantan
 
BERBEKAM DAN KOPI RADIX
“Alhamdulillah, setelah saya berbekam, ramai teman saya yang ikut berbekam dan hasilnya memang luar biasa. Ada pesakit saya yang sesak nafas / nafas pendek dan sakit saat tarik nafas, setelah berbekam di bahagian belakang dan dada. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang sudah sembuh dan penyakit yang lain turut lenyap iaitu sakit mag (gastric). Ada sesetengah yang mempunyai penyakit malaria dan tipes. Setelah menjalani terapi bekam dan minum Kopi Radix, saya sudah sihat dan segar….” Terima kasih HPA dan para guruku….!!!!”
-Bahari bin Tito Laksono (32 tahun) – Indonesia
Advertisements

One comment on “Testimoni Pengguna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s