Soal Jawab

Apakah yang dimaksudkan dengan MLM Syariah

HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 376131 juga mendapat lesen AJL No. 93745. yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah dikalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama. Panel Syariah HPA juga telah memperakukan bahawa:

  1. Sistem urusniaga yang dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya adalah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat urusniaga yang ditetapkan oleh syariat Islam.
  2. Panel syariah tidak menemui pada zahirnya sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.
  3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada dasarnya memenuhi ciri-ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

Apakah Kelebihan MLM Syariah

  • Sistem yang jelas dan mudah berlandaskan syariah
  • Keahlian seumur hidup cuma RM30 sahaja
  • MLM Syariah adalah adil, jelas dan sukses iaitu:
  • tiada penipuan
  • tiada tekanan
  • tiada perangkap
  • bukan skim piramid
  • bukan binary
  • bukan skim cepat kaya
  • bukan sistem lambakan
  • Pangkat dan persen akan kekal seumur hidup
  • Nilai Mata (NM) yang perlu di maintain setiap bulan kekal dari peringkat bawah hingga paling tinggi iaitu 100 NM.
              SYARIAH |               KONVENSIONAL

BONUS N.M |
BONUS N.M

RM1,000.00 100 |
RM1,000.00 100

RM4,000.00 100 |
RM4,000.00 400

RM8,000.00 100 |
RM8,000.00 800

RM12,000.00 100 |
RM12,000.00 1200
  • Tiada group sell. Anda maintain NM anda sahaja.
  • Harga barang mengikut harga pasaran dan tidak mahal serta mampu dimiliki.
  • Pangkat dan persen anda tetap kekal walaupun jumlah NM anda tidak cukup 100NM pada bulan tersebut atau tahun tersebut. (Tidak zalim)
  • MLM Syariah tiada paksaan dan bergantung kepada kemampuan anda.

Keahlian

  1. Jika anda mendaftar sekarang keahlian adalah seumur hidup.
  2. Ini bermaksud, setelah anda mendaftar, anda tidak perlu mendaftar semula walaupun anda tidak aktif sekarang, anda aktif sekarang kemudian anda berhenti dan ingin aktif semula. 
  3. Setiap ahli yang mendaftar akan diberikan kad keahlian dan gunakan kada keahlian setiap kali anda ingin membuat pembelian, atau untuk mendapat potongan harga di hotel De Palma Ampang atau juga mengumpul mata setiap kali anda makan di Radix Fried Chicken. Sertai kami sekarang untuk menjana pulangan lumayan setiap bulan atau mendapat potongan harga hebat sebagai pengguna produk halal lagi thoiyibah.

Bagaimana saya nak daftar menjadi ahli HPA melalui web ini? 

Sila rujuk menu Pendaftaran

Bila saya akan menerima Kit Niaga HPA yang telah dibayar?

Kit Niaga HPA anda akan kami hantar menggunakan perkhidmatan kurier. Pastikan alamat dan no telefon anda betul dan lengkap. Beri masa 7 hari bekerja untuk produk sampai kepada anda.

Penajaan Semula Bagi Pengedar/Ahli HPA yang tidak aktif

Ahli/Pengedar HPA yang mendaftar pada tahun 2006 dan sebelumnya yang dikategorikan sebagai tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru.

Pengedar tak aktif yang dimaksudkan ialah pengedar yang tidak pernah membuat pembelian atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata (tak pernah dapat bonus) sejak 2006 sehingga sekarang. Mereka ini perlu membuat surat permohonan menamatkan nombor keahlian lama beserta borang pendaftaran baru dengan penaja yang baru untuk mendapatkan nombor keahlian yang baru. Jika diluluskan oleh bahagian MIS, nombor keahlian lama akan dibuang dalam sistem.

Prosedur Pendaftaran Bagi Ahli Yang Ingin Ditaja Semula

  1. Dapatkan kit niaga RM30.00 dari cawangan, stokis HPA. Isi borang Permohonan Baru Ahli HPA yang terdapat dalam kit. Atau boleh juga daftar di web kami.
  2. Tulis surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA untuk ditaja semula oleh Penaja Baru.
  3. Sertakan salinan Kad Pengenalan pemohon.
  4. Serah (i) borang Permohonan Baru Ahli HPA, (ii) surat rasmi RAYUAN PENAJAAN SEMULA dan (iii) salinan Kad Pengenalan pemohon kepada cawangan/stokis HPA.
  5. Pastikan ahli yang ingin ditaja semula adalah ahli yang berdaftar Tahun 2006 ke bawah.
  6. Pastikan ahli tersebut tidak pernah membuat apa-apa belian produk HPA atau membeli tetapi tidak pernah cukup 50 Nilai Mata dalam tempoh ahli tersebut mendaftar sebagai ahli HPA.

Jika tidak memenuhi salah satu syarat di atas, permohonan tidak akan di proses.

Adakah keahlian saya akan ditamatkan jika tiada pembelian dilakukan untuk jangkamasa yang lama?

Tidak kerana keahlian HPA adalah untuk seumur hidup.

Adakah orang bukan Islam boleh menyertai MLM(S) HPA ini?

Ya, tiada halangan kepada sesiapa yang berminat. Malah mereka amat dialu-alukan untuk menyertainya.

Adakah saya akan diwajibkan hadir mengikuti kelas/ceramah anjuran anda atau menjual produk?

Tidak, walaubagaimana pun kesemua program/kelas yang diatur oleh HPA berbentuk ilmiah dan latihan pratikal. Malah kelas/ceramah yang diatur bukan hanya ditumpukan kepada aspek penjualan atau pencarian prospek baru sahaja, tetapi lebih kepada tunjuk ajar yang meningkatkan kemahiran seseorang pengedar.

Antara kelas yang mendapat sambutan adalah Program ESP, Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), Kelas Mingguan, Sijil Herbalis dan juga program perawatan yang diadakan dari masa ke semasa.

Bagaimana Cara Untuk Beli Produk HPA Selepas Saya Menjadi Ahli HPA?

Anda boleh mula membeli produk HPA dengan harga ahli selepas anda menerima Kit Niaga HPA yang dihantar oleh Admin. Ada 2 cara untuk membeli produk HPA.

  • Beli sendiri di Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Stokis HPA

Anda dibekalkan dengan kad ahli sementara (kertas kecil berwarna kuning) dalam Kit Niaga. Ia ada dikepilkan pada salinan borang ahli. Gunakan kad ini semasa membeli produk HPA dan beri NAMA, NO  IC (sementara belum mendapat kad sebenar dan no ahli HPA). Ambil dan simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan. Ini akan memudahkan anda mengira Nilai Mata (NM) terkumpul anda setiap bulan.

Semak senarai cawangan HPA dan senarai stokis HPA dalam Kit Niaga atau web HPA. Hubungi Admin jika tiada maklumat stokis di tempat anda.

  • Pesan dan Beli Secara Online 

Anda juga boleh memesan produk HPA secara online. Saya akan pos barang yang anda pesan. Setiap NM pembelian akan masuk ke dalam akaun anda juga. Sila rujuk cara pesanan dan pembayaran disini:

Belian produk HPA untuk setiap bulan dikira bermula dari 1 hb setiap bulan hingga hari terakhir dalam bulan tersebut.

Sebagai Ahli HPA, adakah saya diberi sebarang kad ahli?

Ya, anda akan dibekalkan dengan kad ahli sementara terlebih dahulu. Semak semua dokumen yang dibekalkan dalam Kit Niaga HPA. Ia ada dikepilkan bersama salinan borang ahli HPA anda. Sila tunjukkan kad sementara ini, beri NAMA dan NO IC anda semasa membeli produk HPA. Anda akan mendapat harga ahli dan juga Nilai Mata (NM). Pastikan anda menerima invois pembelian setiap kali membeli produk HPA. Sila simpan invois untuk rujukan.

Kad ahli HPA yang sebenar akan dipos oleh HQ HPA kepada anda dalam masa 2 minggu atau lebih. No ahli HPA dan Penaja anda ada dipaparkan pada kad ahli ini. Sila guna kad ahli sebenar ini dan beri no ahli HPA anda semasa membeli produk HPA. Anda juga boleh menyemak no ahli HPA anda di cawangan HPA atau HQ HPA (no tel: 04-9776805) jika anda ingin berbuat demikian.

Jika kad ahli tidak diterima (lebih dari 3 bulan) atau hilang, anda boleh memohon kad ahli baru di cawangan HPA. Sila isi borang permohonan kad ahli baru dan hantar ke cawangan HPA berhampiran. 

Anda juga boleh menggunakan kad ahli HPA untuk mendapatkan Nilai Mata (NM) semasa berbelanja di mana-mana Restoran dan Hotel HPA. Sila rujuk dengan Restoran dan Hotel HPA tentang pemberian NM atau boleh terus hubungi HQ HPA untuk info lanjut, 04-9776805.

Apakah maksud Nilai Mata (NM)?

Setiap produk HPA mempunyai Nilai Mata (NM) atau Point Value (PV). Ia menentukan bonus/income yang anda akan terima. Kata mudahnya ialah NM adalah bonus untuk anda. Setiap produk mempunyai Nilai Mata (NM) tertentu dan berbeza antara satu sama lain.

Berapakah NM yang saya perlu kumpul untuk mendapatkan bonus setiap bulan? Adakah ianya WAJIB?

Ia tidak wajib dan tiada paksaan. Namun kenapa tidak melakukannya. Anda hanya perlu mengumpul sekurang-kurangnya 50 NM iaitu belian peribadi minima yang disyaratkan untuk melayakkan anda menerima bonus bulanan dari HPA jika anda mahu kekal sebagai pengguna sahaja. Sekiranya anda mahu jadi usahawan HPA dan mendapat pulangan lumayan setiap bulan anda perlu kekalkan 100 NM untuk mendapatkan bonus yang lebih banyak.

Apakah cara mudah untuk saya mengumpul 50 NM?

Cara mudah untuk kumpul point (NM) ialah dengan mengamalkan produk herba sebagai makanan kesihatan dan mencegah penyakit. Yang keduanya ialah dengan menukar jenama produk kegunaan harian di rumah kepada produk HPA. Rujuk disini untuk tips dan panduan. 

Bagaimana saya nak semak Nilai Mata (NM) terkumpul saya setiap bulan? Boleh check online tak?

Untuk menyemak Nilai Mata (NM) yang anda telah kumpul setiap bulan, anda perlu melakukannya secara manual. Maknanya, anda perlu jumlahkan sendiri NM dalam setiap invois yang anda terima. Namun demikian, anda sebenarnya boleh juga meminta pihak cawangan HPA semak jumlah NM anda. Beri no ahli HPA anda kepada mereka untuk proses semakan. Satu-satu cawangan hanya dapat menyemak jumlah NM anda untuk belian di cawangan tersebut sahaja.

Syarikat HPA belum lagi menyediakan perkhidmatan semakan Nilai Mata secara online. 

Bagaimana saya boleh memastikan bahawa pembelian saya akan sama dengan penyata bonus?

Setiap ahli/pengedar HPA akan diberi nombor ahli. Maka secara tidak langsung anda memberi nombor ini kepada cawangan HPA setiap kali pembelian dilakukan dan direkodkan melalui computer dan dihubungkan terus kepada sistem jualan HPA. Maka resit/invois tercatat jumlah nilai mata dan harga pembelian.

Manakala jika anda membeli menerusi stokis, anda akan mendapat salinan resit dan butiran pembelian akan ditulis secara manual terlebih dahulu. Kemudian pihak stokis akan menghantar laporan pembelian anda kepada ibupejabat HPA.

Bagaimana saya nak dapatkan bonus atau income BESAR dari bisnes MLMS HPA ni?

Anda layak memperolehi bonus bulanan dengan syarat membuat belian peribadi minima 50 Nilai Mata (NM) SETIAP BULAN. Anda akan dapat juga bonus ini walaupun anda tidak menaja atau tiada downline tapi janganlah diharap bonus yang besar. Untuk mendapat bonus besar, anda harus menaja dan mengembangkan jaringan.

Ingat formula ini: Bonus BESAR = Pangkat tinggi X Sales group Tinggi (ramai downline aktif)

Bonus bulanan HPA akan diurus dan dihantar oleh HQ HPA mulai 24 hb hingga 31 hb setiap bulan

Konsep bisnes HPA sangat mudah. Tugas anda:

  1. Jadi ahli HPA (RM 30 seumur hidup).
  2. Membeli produk HPA samada untuk guna sendiri atau jual (50 NM atau 100 NM setiap bulan). Tiada paksaan untuk menjual.
  3. Ajak orang jadi ahli HPA. Mulakan dengan 6 orang.
  4. Ajak mereka membeli dan mengguna juga seperti anda.
  5. Ajar mereka untuk ikut apa yang anda telah buat (DUPLIKASI).

Dengan melaksanakan tugasan mudah ini, income/bonus anda boleh mencecah 4, 5 angka sebulan. Rujuk pelan pemasaran disini:

50 NM tu berapa RM ye?

Setiap produk mempunyai NM sendiri. Ada yang mempunyai nilai mata sehingga 300 NM dan ada yang serendah 0.2 NM.  Kebiasaannya dalam lingkungan RM 100 – 150. Produk yang banyak NM adalah produk herba. Jadi amalkanlah herba HPA. Senarai produk dan nilai mata terkini boleh di dapati di http://www.hpa.com.my/produk

Contoh 1

1. Kopi Radix (Jumbo-32 Sachet. 10 NM 28.00
2. Kordial Asiatica 4 NM 12.00
3. Raihan Fragrance Man 10 NM 49.00
4. Radix Koko 5 NM 18.00
5. Herba Tuju Angin 8 NM 16.00
6. Radix 8 NM 16.00
7. Syampoo Pegaga 4 NM 10.00
8. Hair Conditioner 3 NM 12.00

JUMLAH 52 NM 161.00


Contoh 2: Pakej Untuk Gout

1. Ardisia 8 NM 16.00
2. Malac 8 NM 16.00
3. Teh Herba 7 NM 16.00

Jumlah 23 NM 48.00


Untuk cukupkan NM tambah produk lain.

1. Kopi Radix (Jumbo-32 Sachet. 10 NM 28.00
2. Omega-3 Softgel (60 biji) 10 NM 28.00
3. Minyak Tonik Pandan 4 NM 10.00
4. Minyak Kayu Putih 4 NM 15.00

Jumlah 28 NM 81.00

Jumlah keseluruhan 51 NM 129.00

NM 50 adalah nilai mata yang anda perlu maintain untuk mendapat bonus sekiranya anda tidak berhasrat untuk menjadi usahawan. Sekiranya anda berhasrat menjadi usahawan serta menerima bonus lumayan setiap bulan NM yang perlu anda maintain ialah 100 NM.

Adakah anda memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut seperti yang dinyatakan? 

Tidak. Ini bergantung kepada usaha anda mempromosikan laman web ini kepada seberapa ramai kenalan anda atau sesiapa saja.

Macam mana bonus tu diberi? Bank in online ke dapat cek?

Bentuk-bentuk bonus:

1. Cek dalaman (seperti voucher):

Untuk bonus kurang dari RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA di stokis atau cawangan HPA. Tidak boleh di tunaikan kepada wang.

2. Cek Bank Islam:

Untuk bonus melebihi RM 100. Anda boleh tukarnya dengan membeli produk HPA di stokis /cawangan HPA atau menunaikan cek tersebut kepada wang tunai di Bank Islam.

3. Bonus di bank in ke akaun Bank Islam:

Tidak kira berapa nilai bonus anda, ianya akan di bank in terus ke akaun secara online. Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam dan mengisinya ke dlm borang pendaftaran ahli HPA atau boleh juga isi borang khas yang boleh didapati di cawangan HPA.

Pilihlah mana yang anda rasa sesuai. Surat Penyata Bonus tetap dipos kepada anda walaupun anda memilih untuk terima bonus secara online.

Cara Daftarkan Sendiri Downline Anda

  • Dapatkan kit niaga HPA di mana-mana cawangan, stokis HPA dengan harga RM 30 sahaja. Borang pendaftaran ahli HPA ada di dalam kit.
  • Bakal ahli hendaklah melengkapkan borang pendaftaran ahli HPA. Tulis nama anda (penaja) di bahagian penajaan beserta no ahli HPA (kod penaja) anda pada borang keahlian bakal tajaan anda. Tulis no ic di kod penaja jika anda (penaja) belum mendapat no ahli HPA.
  • Mulai 1 Januari 2009, setiap permohonan ahli baru HPA perlu disertakan bersama salinan fotostat IC.
  • Simpan salinan borang (warna kuning) untuk anda dan tajaan anda (warna merah). Yang lain serta SALINAN IC pemohon serahkan kepada cawangan/stokis HPA. Mereka akan submit kepada pihak HQ HPA.
  • PENTING! Maklumkan kepada Admin setelah anda selesai menyerahkan borang ahli. Sila emel NAMA, NO IC, EMEL dan NO TELEFON downline anda ke muhamadredza@gmail.com . Kami perlukannya untuk rekod kami.

Macam mana pulak cara nak susun downline? 

Kami tidak menetapkan berapa downline yang anda harus letak di setiap level. Pada asasnya anda digalakkan membuka 6 kaki sahaja di level 1 kerana pangkat tertinggi dalam HPA memerlukan hanya 6 kaki sahaja di level 1. Jika anda mempunyai lebih 6 kaki (downline) di level 1, tidak mengapa. Kami memberi kebebasan kepada semua ahli untuk menetapkan sendiri susunan downline masing-masing mengikut strategi yang dirancang. Anda boleh hubungi Admin untuk sebarang penukaran susunan downline anda (selagi borang pendaftaran belum dihantar). Admin akan mengubahnya untuk anda.

Ada tak apa-apa program bimbingan untuk menjadi usahawan HPA selain bimbingan online yang diberi oleh Admin?

Ada. Iaitu PROGRAM ESP

Program motivasi bersama Pengarah Urusan untuk mewujudkan satu gelombang bisnes yang baru dalam HPA. ESP kini adalah program utama dalam MLMS HPA. 

Tiket : RM100.00 sahaja (Tidak termasuk makan. RM10 akan dimasukkan ke Tabung ManHal. Baju akan diberikan secara PERCUMA)

Daftar terus dengan leader kelab masing-masing atau melalui cawangan-cawangan HPA yang berdekatan. InsyaAllah, pengisisan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.

Kelebihan & Faedah Program ESP:

Peserta akan mendapat slot pengisisan sepenuhnya dari Pengarah Urusan.

Peserta juga akan dibekalkan dengan barangan eksklusif HPA termasuk:

  • Buku Perubatan Jawi
  • Sijil Kursus
  • Majalah IKON 1 & 2
  • Poskad HPA
  • Album UNIC Terbaru “Hijrah”
  • Buku Wirid Al-Mathurat

Kepada peserta-peserta ESP yang masih pengedar biasa (berpangkat PB dan bukan wakil) akan diberikan status PLX 20% sekiranya mematuhi program ESP sepenuhnya dan melakukan pembelian 150NM di pasar ESP pada hari tersebut. Sila sebarkan.

Program HPA yang lain

Kelas mingguan di cawangan, Program Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC), Kuliah Perubatan JAWI (KPJ), kursus perawatan dan lain-lain untuk menambah pengetahuan dan kemahiran. Rujuk program bulanan HPA.

Saya ada terbaca tentang Koperasi HPA. Macam mana saya nak jadi ahli Koperasi dan melabur?

Semua ahli HPA layak menjadi ahli Koperasi HPA. Pelaburan minima ialah RM 200 dan yuran ahli koperasi ialah RM 10 sahaja. Sila daftar sebagai ahli koperasi dan buat pelaburan di mana-mana cawangan HPA seluruh Malaysia. Anggaran pulangan setahun ialah di antara 10% – 20%. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Saya tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan MLM. Adakah saya akan dibimbing oleh Upline saya.

Ya. Saya akan pastikan bahawa anda akan mendapat bimbingan dan bantuan sekiranya anda benar-benar ingin berjaya. Anda juga boleh mendapat bimbingan dengan menyertai kelas mingguan yang dianjurkan oleh cawangan. Anda juga boleh menyertai bengkel ESP untuk mendapat panduan sepenuhnya.

Saya tinggal jauh dari tempat anda. Bagaimana saya boleh daftar sebagai downline anda dan seterusnya mendapat bimbingan untuk menjalankan perniagaan ini.

Anda tak perlu khuatir. Zaman sekarang adalah zaman internet, dunia tanpa sempadan. Anda boleh sahaja mendapat bimbingan secara online atau offline dari saya. Yang mustahak anda mempunyai keinginan untuk maju dalam perniagaan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s