SYARIKAT

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Pengenalan

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Ladang Roselle

Pengilangan

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.

 

Kilang Radix Cola Di Kedah

Kilang Kopi Radix Automatik

Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-

1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
4. Pengurus Besar Akaun
5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.

Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121

HPA dan Anak Syarikat

Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:

1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd – Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
2. HPA Industries Sdn Bhd – Pengeluar ubat-ubatan herba
3. Cola Radix Sdn Bhd – Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd – Pengeluar minuman dan makanan
5. Radix Industries Sdn Bhd – Pengeluar Kopi Radix
6. HPA Farm Sdn Bhd – Pengeluar ayam dan air mineral
7. HPA Ilham Sdn Bhd – agensi pelancongan
8. RFC Sdn Bhd – Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
9. El- Zaharaa Sdn Bhd – Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd – Produk kosmetik

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Di Alor Setar

Kedai Dobi Toharoh Di Sg Petani

Produk Keluaran HPA

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

Cawangan & Stokis

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.

HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.

Iklan Kopi Radix dan Radix Cola, Sarsi Di TV

Iklan Kopi Radix Di Bas

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”– Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” – Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

VISI HPA

  • HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
  • HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa

MISI HPA

  • HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
  • HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF HPA

  • Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
  • Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
  • Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

13 comments on “SYARIKAT

  1. salam..
    boleh kah kami mahu minta tajaan dari pihat HPA.
    program komuniti di kg Longob, kota marudu Sabah.

    • Kalau minta tajaan kena minta dengan ibu pejabat HPA. Saya hanya downline sahaja. Mungkin boleh hubungi terus HPAIC di talian berikut AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.
      Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,
      02600, Arau Perlis, Malaysia.
      Tel : +6 04-9776805 (Ext. 144)
      Fax : +6 04-9775270
      Email : wahida@hpa.com.my
      Website: http://www.hpa.com.my

  2. assalamualaikum Puan… bagaimana proses untuk saya setkan suatu appointment dengan Penaung Syarikat? terima kaseh.

  3. assalammualaikum, puan.. saya pelajar UUM, kedah.. saya mengambil subjek operation strategic yang memerlukan saya dan ahli kumpulan membuat lawatan ke kilang. macam mana kami nak mohon untuk membuat lawatan ke kilang HPA? Apa procedur nya? terima kasih..

  4. Salam..saya pelajar tahun 3 bidang farmasi dari uitm puncak alam.adakah syarikat ini menawarkan tempat untuk latihan Industri kepada pelajar?

    • Cuba hubungi

      HPAIC di talian berikut AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.
      Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam,
      02600, Arau Perlis, Malaysia.
      Tel : +6 04-9776805 (Ext. 144)
      Fax : +6 04-9775270

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s