Termakbulkah Doa Anda

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)

Pernahkah kamu berdoa, tetapi merasakan doa kamu itu lambat dimakbulkan oleh Yang Maha Esa? Pernahkah kamu berdoa, tetapi terkadang yang kamu dapat berlainan dengan apa yang kamu impikan? Dan kamu tertanya-tanya mengapa Allah SWT menentukan sedemikian buatmu.

Di sinilah wujudnya rahsia di sebalik suatu doa, yang ingin saya kongsikan bersama-sama para pembaca sekalian.

Sebenarnya, doa-doa yang dipetik daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah memang banyak, tetapi untuk menghayatinya adalah suatu ibadat dan untuk memahami dan menyelami rahsia di sebaliknya memerlukan penghayatan yang tinggi.

Rahsia-rahsia doa terkandung dalam konteks siapakah yang berdoa, bagaimanakah penerimaan Allah akan doa kita, berapa lamakah kita menanti doa kita diterima Allah, kenapa doa kita ditolak, apakah penyebab yang menjadikan doa seseorang itu ditolak dan apakah pengajaran di sebalik doa tersebut.

KENAPA KITA KENA BERDOA?

Sebab, doa itu hakikatnya adalah luahan hati yang timbul dari jiwa yang meyakini wujudnya dua hakikat:

  1. Hakikat wujudnya Allah SWT yang merupakan sumber kesempurnaan, kegagahan, kekayaan dan kelimpahan yang tiada bandingannya.
  2. Hakikat wujudnya makhluk yang merupakan wadah kefakiran, keberhajatan, keperluan dan kedaifan.

ADAB BERDOA

Ada cara-cara yang dapat anda semua lakukan agar doa anda itu mudah makbulnya di sisi Allah SWT. Antaranya:

  1. Bertaubatlah terlebih dahulu dengan membaca kalimat Al-Istighfar. Firman Allah SWT: “…Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)
  2. Menadah tangan dan menghadap kiblat sewaktu membaca doa. Sabda Rasulullah SAW: “Tuhan kamu Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia malu jika hamba-Nya sudah mengangkat tangan berdoa kepada-Nya lalu tidak diberi.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah)
  3. Mulakan doa dengan ta’awudz terlebih dahulu untuk mengelakkan kita daripada gangguan syaitan. Contohnya, “Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang direjam.”
  4. Mulakanlah doa kita dengan memuji Allah SWT dan akhirilah dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Doa tanpa memuji Allah SWT, tasbih dan selawat ke atas Nabi dikira gopoh dan tidak cukup sopan.
  5. Lontarkanlah suara kita antara suara terdengar dan suara yang agak perlahan.
  6. Harus yakin bahawa doa kita akan diperkenankanNya, jangan sekali-kali meragui kekuasaan Allah melayani permintaan hamba-hambaNya. Aamiin Allahumma Aamiin…
  7. Ulanglah doa kita berkali-kali dan bersungguh-sungguhlah dalam memintanya. Hendaklah dilakukan dengan penghadiran hati, rendah diri dan menjiwai kebesaran Allah SWT. SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar!

Antara sebab-sebab doa seseorang tidak dimakbulkan adalah:

  1. Mereka berdoa dengan cara yang tidak pernah diajarkan oleh Allah SWT dan rasulNya.
  2. Selalu makan dan minum barang yang sudah pasti daripada sumber yang haram. Na’uzubillahi min dzalik. Bukankah Rasulullah SAW pernah menasihati Saad ibn Abu Waqqas yang bertanya tentang rahsia mustajab doa? Kata Baginda SAW yang bermaksud pilihlah barang-barang yang halal untuk dimakan dan digunakan, makanan yang haram hanya mendekatkan seseorang kepada api neraka.
  3. Mengenali Allah SWT, tetapi tidak pernah menunaikan hakNya. Antara hak Allah SWT yang perlu kita tunaikan adalah beribadat kepadaNya.Mengaku diri umat Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah mengamalkan sunnah Baginda SAW.
  4. Mengenali Al-Qur’an, tetapi tidak pernah melaksanakan isi kandungannya. Antara ciri-ciri orang munafiq adalah membaca Al-Qur’an, tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.

TEMPAT DAN WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERDOA

  1. Ketika kita melihat Kaabah.
  2. Ketika kita melihat masjid Rasulullah SAW.
  3. Ketika berada di depan Kaabah.
  4. Ketika kita berada di Raudah (Masjid Nabi).
  5. Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
  6. Di sisi perigi zamzam.
  7. Di atas Bukit Safa dan Marwah.
  8. Di padang Arafah.
  9. Di Muzdalifah.
  10. Di Mina.
  11. Di sisi jumrah yang ketiga.
  12. Di masjid-masjid.
  13. Di surau-surau.

Masa:

  1. Ketika menuju ke medan perang.
  2. Dalam pertempuran di medan perang.
  3. Ketika hujan.
  4. Sesudah berwudhu’.
  5. Selepas azan (antara azan dan iqamah).
  6. Sewaktu sujud.
  7. Di akhir surah Al-Fatihah.
  8. Sesudah membaca Al-Qur’an dan sesudah selesai menunaikan solat fardhu lima waktu.
  9. Di tengah malam.
  10. Di sepertiga malam yang pertama dan terakhir bulan Ramadhan.
  11. Pada bulan Ramadhan.
  12. Malam Lailatulqadar.
  13. Pada hari Jumaat.

Antara golongan yang doanya mudah dimakbulkan adalah:

  1. Doa seorang pemimpin yang adil.
  2. Doa orang yang sedang berpuasa.
  3. Doa orang yang dizalimi.
  4. Doa seorang muslim untuk saudaranya.
  5. Doa seorang anak untuk kedua-dua orang ibu bapanya.
  6. Doa orang tua kepada anaknya.

RUJUKAN

  1. Harun Arrasyid Haji Tuskan; Termakbulkah Doa Anda? Panduan Mecari Rahsia Doa-Doa Mustajab; Pustaka Ilmi Sdn. Bhd.
  2. http://psipum.org/termakbulkah-doa-anda/
Advertisements
By Homestaykesidang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s