Malacca – Top 30 places to go in 2012 by New York Times

HOMESTAY KESIDANG.

Advertisements
By Homestaykesidang

Mengapa Perlu Cari Yang Halal

Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.
Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.

Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.

Firman-Nya bermaksud: “Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah an-Nisa, ayat 161)

Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.”


Termakbulkah Doa Anda

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)

Pernahkah kamu berdoa, tetapi merasakan doa kamu itu lambat dimakbulkan oleh Yang Maha Esa? Pernahkah kamu berdoa, tetapi terkadang yang kamu dapat berlainan dengan apa yang kamu impikan? Dan kamu tertanya-tanya mengapa Allah SWT menentukan sedemikian buatmu.

Di sinilah wujudnya rahsia di sebalik suatu doa, yang ingin saya kongsikan bersama-sama para pembaca sekalian.

Sebenarnya, doa-doa yang dipetik daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah memang banyak, tetapi untuk menghayatinya adalah suatu ibadat dan untuk memahami dan menyelami rahsia di sebaliknya memerlukan penghayatan yang tinggi.

Rahsia-rahsia doa terkandung dalam konteks siapakah yang berdoa, bagaimanakah penerimaan Allah akan doa kita, berapa lamakah kita menanti doa kita diterima Allah, kenapa doa kita ditolak, apakah penyebab yang menjadikan doa seseorang itu ditolak dan apakah pengajaran di sebalik doa tersebut. Continue reading

By Homestaykesidang